Tuesday, August 10, 2010

Trip Di-Ambang Ramadhan Sg. Selangor d Bestari Jaya (Btg Berjuntai). 7-8 Ogos 2010


Ntah kenapa trip kali sahabat kita Nasrul nampak bersemangat abis.Bekalan bulan posa katanya. Dialah yg tersebok dgn 'coundown'nya,rancangan BBQ,Umpan ,Tajur, dan Rawai.
"Biar perfect outing kita kali ni,kita pelbagaikan kaedah" kata keramat yg sentiasa jd manifesto kempennya kali ini.
Hari keramat itu tiba dgn keadaan yg biasa saja bg aku dan rakan2.Tp Nasrul pula ada hal, terlambat pulak dia. Kami tiba lebihkurang pukul 6.00ptg, berasingan dgn 3 buah kereta sampai di tebing sungai yg penuh dengan harapan bg kami. Tp hari yg mendung menidakkan waktu masih awal lagi.Agak gelap, bagitu la situasi katika itu.
Aku dan anak aku ,Awie dan adiknya Zam,Diikuti dgn Aiye,anaknya,Zamani dan Zali.
Td di 'pit stop' Petronas rawang kami dah berkumpul dan Ayie ditugaskan untuk masuk ke BTP utk mengambil Zamani yg keretanya digunapakai oleh bapanya.

Kali ni pot yg dipilih adalah lubuk terbaik d kawasan tu.Aku dan Zali memilih untuk Membaung terlebih dulu.
Spot pertama kami di reba kayu berukuran lebihkurang 3-4 meter panjang melintang arus sungai dipilih. Zali dgn umpan Kijing tapa semalaman diimpot khas dari kampungnya di Kuala Lipis. Aku pula kekal dgn Tapa kemboja.AKu menggunakan 1 btg pancing,1 diguna oleh anak aku. Tiba2 anak aku merentap ikan pertama kurang dari 3 minit umpan di labuh.Pheww.........Baung Gantang Kuning beb.Tapi saiz takla begiru memberangsangkan sgt lebihkurang 400-500 gram. Berpeluh la jugak Abg long, semangat2.AKu kena!! zali disebelah sibuk "men'jerk".......... Nah naik Baung lebih besar dari Abg long dpt tadi, lebih sekelo agaknya.

Kami memilih untuk kekal di spot ni jer.Masih ade patukan dari Baung namun mungkin saiz kecik kot. Semua tak lekat.Setelah itu aku mengajak Zali menahan Tajur/Taut.
Kita mesti pasang sebelum malam kataku.Zali mengiyakan.Berumpan anak Lampam,berharga
RM 0.50 kami memasang 8 batang tajur. Zamani,Awie,Zam,Ayie memilih utk menggunakan umpan pilihan tersendiri Udang idup & Sawit. Memang bermacam jenis umpan kitaorg sediakan sematamata utk pulun abis kali ni. Sebut jer.........RM 18 abis utk umpan beli jer,tak masuk Tapa Kemboja,Tapa Kijing Lipis,Sawit 2-3 beg.
Menjelang ketika itu,hari dah kelam, aku mengajak teman2 utk kembali ke pot sebelah yg lebih lapang utk mendirikan khemah memandangkan tempat itu agak seram dgn longgokan pelepah sawit. Entah apala yg ade dibawah tu agaknya.Sungguh tak selesa memikirkan ada 4-5 org kanak2 akan turut bermalam. Dgn kuasa mandatori aku selaku ketua perasan,semua pindah ke tempat yg lebih lapang,luas dan rata.

Malam itu lepas Maghrib Nasrul tiba,sebenarnaya bukan dia yg ditunggu.Tp Bekalan BBQ dia yg bawak. Jd,kehadiranmu amat diaharapkan Nas. Kehkehkehkeh.Anaknya Yushairi yg sebaya anakku Imran turut serta. Dah kene dah 'Gu' dah tiba.Aku menyebokkan diri untuk melekatkan api dgn dibantu oleh Zali. Manakala yg lain dgn ektibiti2 sendiri,semayang mancen dll. Siap jer api aku mula memanggang ayam peha & Kepak,kambing diikuti udang. Terangkat beb,megi cup??........... langsung tak mandang kate orang Perak.
Menjelang lepas Isyak,Mizan @ Tuan Tanah & Da geng BTP tiba...ade sorang lg budak kecek tiba.......Nabil. Alamak Bang Bil dah sampai.........havoc cam ni.Mmg pon lepas tu dah jd pdg mainan kat situ. Trio bebudak tu mmg tahingat punya main lari2, Tp anak aku la leader diorg. Mana nak letak muka beb.........bantai la korang.Jgn terjun sungai dah la.
Malam tu air agak deras diikuti sampah dari memacam jenis kayu, rumput, ranting, perabot semua hanyut. Ujan di hulu agaknya,air pon naik dalam sejengkal dua........ nasib baik tak keruh gila. Loceng asyik bunyik jer,tp sampah beb.Bukan ikan.Bikin panas jer la. Sampai la subuh,tade sape pon yg strike ikan. Terperasan la, selepas 2-3 trip malam di sini,mmg tade ikan yg galak mkn.
Ape yg tak kene,umpankah?,persembahankah?,Perambutkah?Ntahhapahapantahla........

Pukul 7 pg,semua dah siap Subuh......ade yg makan/minum. Tp Nasrul dah gi jauh dari khemah.Sebelum tu dia dah pesan mintak usha2 nak dia tidur dlm khemah. Tak lama dari jauh dia jerit2.............oooii tangguk oii tangguk....jenuh member kita punyer la jerk. Sapetah yg berlari ala Usain Bolt kesana......passing tangguk ala Baton.
Naiklah Patin dgn sate Sawit keramat resepi geng BTP@BB. Pagi tu.....ikan agak galak merembat umpan. Pelbagai jenis dapat naik. Teruboi saiz XL,PAtin,SEbarau last minit dgn Tajur anak lampam dan sekor ikan agak asing bg kami. Crossbreed ke? ntah la tp nampak cam Kerai jer......ade ker Kerai d Sg. Selangor ni?
Ikan ni Mizan yg naikkan,kire spesis unik la bg kami.. dia pun hampir2 menewaskan sekor jelawat idaman... tapi apakan daya... belum nak jadi lauk lagi..
Tp spesis harapan langsong tak berhasil .Ketutu dan Jenggo yg diharap langsong tak hadir aritu. Lampam Jawa yg biasanya tak miss pon takde.Kalo dpt seko dua yg berat 1-2kelo kan baguih. Aku sendiri sebenar seko pon tak dpt strike semua aku bg Abglong yg tarik. Dgn naiknya Teruboi gadang ni....terlunas la sudah cita2 aku nak merasa ikan ni. Satu masa dulu aku cari di Semenyih jer,tp la ni manada lagi.
Aku sebenarnya nak train dia jer,kasi dia release skit.Sekolah dia tensen semacam jer. Dgn beg yg berat cam nak senget bahu memacam lagi la.

Segala hasil kami kumpul samarata dan vote utk bwk balik. Aku bwk balik 2 Teruboi, sepotong eko Patin Cempien. Dah la tu.
Sampai trip lain plak.

# Sebelum gerak.. sempat lagi Ayie@Anje bergambar kenangan dengan gergasi sg btg berjuntai yg baru dinaikkan oleh orang sebelah... hehehe

Nukilan Oleh:
Sham Tapa a.k.a Chief of Mambang
11 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment

Carta Pasang Surut Air 2010

Carta Pasang Surut Air 2010